Ada satu game dalam PlayStation yang aku tangguh hampir lima tahun.
Nama dia Octopath Traveler.
Kalau kau pernah tengok game ni, kau akan faham kenapa aku tertarik. Grafik pixel art dia cantik, soundtrack dia luar biasa, dan cerita dia sangat mendalam.
Masa aku tengok trailer dia dulu, aku terus fikir:
“Ini memang game untuk aku.”
Aku beli.
Aku download.
Dan lepas tu… aku tak pernah sentuh game tu langsung.
Lima tahun.
Bukan sebab aku hilang minat.
Bukan sebab aku tak ada masa.
Tapi setiap kali aku fikir nak mula main, ada satu perasaan pelik yang datang dan buat aku stop sekejap.
“Nanti lah.”
“Hujung minggu nanti.”
“Lepas kerja siap dulu.”
Dan hujung minggu datang dan pergi macam biasa…selama 5 tahun.
Game tu tetap aku tak main pun.
Bila Akhirnya Aku Mula Pengembaraan
Minggu lepas sesuatu yang menarik berlaku.
Aku duduk dengan anak aku yang nampak bosan. Jadi aku cadangkan dia cuba main Octopath Traveller tu.
Dia ambil controller dan mula main.
Dua jam non-stop.
Aku duduk tengok dia main. Lepas dia habis main, aku ambil controller dan cuba sendiri.
Dan untuk pertama kali dalam lima tahun — aku masuk ke dunia Octopath Traveler.
Dan aku terus stuck for a few hours. Masa tu aku tiba-tiba terfikir satu soalan.
“Kenapa lima tahun aku tangguh game ni…tapi hari tu aku boleh mula dalam masa lima minit je?”
Bila aku fikir balik, aku sedar sesuatu.
Jawapan dia sebenarnya bukan pasal game.
Jawapan dia pasal cara otak kita berfungsi bila nak mula sesuatu.
Kita Selalu Salah Faham Punca Sebenar
Cuba kau fikir.
Berapa banyak perkara dalam hidup yang kita sebenarnya nak buat — tapi tak pernah mula?
- Workout yang kita plan setiap minggu.
- Buku yang kita beli tapi masih belum baca lagi.
- Skill baru yang kita nak belajar tapi tak pernah start.
Dalam situasi macam ni, ramai orang terus salahkan diri sendiri.
“Aku ni malas.”
“Aku tak ada disiplin.”
Tapi dalam banyak kes, masalahnya bukan malas.
Masalahnya ialah langkah pertama terasa terlalu berat.
Apa Itu Activation Energy?

Dalam psikologi dan behavioural science, ada satu konsep yang dipanggil Activation Energy.
Istilah ini asalnya datang dari bidang kimia.
Activation energy merujuk kepada jumlah tenaga yang diperlukan untuk memulakan sesuatu reaksi.
Dan konsep ini sebenarnya sangat relevan dengan tingkah laku manusia.
Setiap kali kita nak mula sesuatu yang baru, otak kita akan buat satu kira-kira cepat.
Berapa banyak tenaga diperlukan untuk buat benda ini?
Kalau otak rasa usaha yang diperlukan terlalu besar, ia akan cari alternatif yang lebih mudah.
Bukan sebab kita malas.
Tapi sebab otak kita direka untuk menjimatkan tenaga.
Ini adalah mekanisme survival yang kita warisi sejak zaman dulu.
Masalahnya, dalam dunia moden, mekanisme yang sama kadang-kadang membuatkan kita susah untuk mula perkara yang sebenarnya baik untuk kita.
Kenapa Hari Itu Aku Boleh Mula?
Kalau semuanya berkait dengan activation energy, kenapa hari tu aku boleh mula main game tu dengan mudah?
Bila aku fikir balik, aku sedar ada 3 perkara yang berlaku serentak tanpa aku sedar.
1. Aku Nampak Orang Lain Buat Dulu
Anak aku main game tu depan mata aku selama dua jam.
Tanpa aku sedar, otak aku mula memproses sesuatu.
“Oh… sebenarnya game ni tak susah pun.”
Dalam psikologi, fenomena ini dipanggil Observational Learning.
Ahli psikologi Albert Bandura menunjukkan bahawa manusia lebih mudah mencuba sesuatu apabila mereka melihat orang lain melakukannya terlebih dahulu.
Kadang-kadang, hanya dengan melihat orang lain buat sesuatu, persepsi kita tentang kesusahan aktiviti itu terus berubah.
2. Tiada Tekanan Untuk Berjaya
Hari tu aku tak ada niat serius pun nak main game tu.
Aku tak fikir aku kena habiskan game tu.
Aku tak fikir aku kena jadi bagus.
Aku cuma cuba.
Bila kita buang tekanan untuk perform atau berjaya, otak kita rasa lebih selamat untuk mencuba.
Dalam psikologi, keadaan ini dipanggil psychological safety.
Bila kita rasa selamat untuk cuba tanpa takut gagal, halangan untuk mula jadi jauh lebih kecil.
3. Friction Sudah Berkurang
Satu lagi perkara penting ialah friction.
Anak aku dah buat langkah pertama untuk aku.
Game sudah on.
Menu sudah masuk.
Aku cuma perlu ambil controller.
Dalam behavioural psychology, friction merujuk kepada jumlah langkah yang diperlukan untuk memulakan sesuatu tindakan.
Semakin banyak langkah diperlukan, semakin besar kemungkinan kita akan tangguh.
Semakin sedikit langkah, semakin mudah kita mula.
4 Cara Mudahkan Diri Untuk Mula Sesuatu
Bila kita faham konsep activation energy dan friction, kita sebenarnya boleh gunakan prinsip ni untuk membantu diri kita memulakan sesuatu.
Berikut adalah empat cara praktikal yang boleh membantu.
1. Kurangkan Friction Sebelum Perlu Motivation
Ramai orang fikir mereka kurang motivation.
Sebenarnya masalahnya ialah terlalu banyak langkah untuk mula.
Contohnya kalau kau nak workout esok pagi.
Malam ini keluarkan baju gym dan letakkan dekat tepi katil. Letak kasut dekat pintu.
Bila kau bangun pagi, langkah pertama sudah selesai.
Begitu juga dengan membaca.
Kalau buku disimpan dalam almari, kemungkinan untuk kau ambil buku itu sangat kecil.
Tapi kalau buku itu sentiasa berada di meja atau tepi katil, kemungkinan untuk kau mula membaca jauh lebih tinggi.
2. Gunakan 2 Minute Rule
David Allen dalam buku Getting Things Done mencadangkan satu prinsip mudah.
Kalau sesuatu boleh dibuat dalam dua minit, buat sekarang.
Prinsip ini juga boleh digunakan untuk membina habit baru.
Kalau kau nak mula sesuatu, beri diri kau kebenaran untuk buat dua minit sahaja.
- Workout dua minit.
- Baca satu muka surat.
- Tengok tutorial dua minit.
Tujuannya bukan untuk buat banyak.
Tujuannya hanya untuk pecahkan halangan pertama.
Selalunya selepas kita mula, kita akan teruskan.
Fenomena ini berkait dengan sesuatu yang dipanggil Zeigarnik Effect — otak kita suka menyelesaikan perkara yang sudah dimulakan.
3. Gunakan Social Momentum
Salah satu sebab aku boleh mula main game hari itu ialah kerana anak aku main dulu.
Persekitaran kita sangat mempengaruhi tingkah laku kita.
- Kalau kau nak mula berlari, join running group.
- Kalau kau nak mula membaca, join book club.
- Kalau kau nak belajar sesuatu, buat bersama kawan.
Bila kita nampak orang lain buat sesuatu, ia terasa lebih normal dan lebih achievable.
4. Buang Expectation Untuk Jadi Sempurna
Ini mungkin perkara yang paling ramai orang struggle.
Ramai orang tangguh sesuatu bukan sebab mereka tak mahu buat.
Tapi sebab mereka takut buat dengan tidak sempurna.
Tak cukup bagus.
Tak habis.
Tak berbaloi.
Ini sebenarnya perfectionism yang menyamar sebagai procrastination.
Kebenarannya mudah. Workout yang tidak sempurna lebih baik daripada workout yang tidak dibuat.
Buku yang dibaca separuh lebih baik daripada buku yang tidak dibaca langsung.
Skill yang dipelajari perlahan lebih baik daripada skill yang tidak pernah dipelajari.
Jangan aim untuk perfect.
Aim untuk mula.
Kadang-Kadang Kita Cuma Perlu Tekan Start
Lima tahun aku tangguh satu game.
Bukan sebab aku tak minat.
Bukan sebab aku tak ada masa.
Tapi sebab dalam kepala aku, ia rasa lebih berat daripada yang sebenarnya.
Padahal sebenarnya ia cuma perlukan satu langkah kecil.
Ambil controller.
Tekan start.
Dan bila aku fikir balik, banyak perkara dalam hidup kita yang kita tangguh sebenarnya sama saja.
Bukan sebab kita tak mampu.
Tapi sebab kita belum mudahkan langkah pertama.
Workout pertama tak perlu sempurna.
Buku pertama tak perlu habis hari ini.
Skill baru tak perlu master dalam seminggu.
Kadang-kadang yang kita perlukan hanyalah satu keputusan kecil.
Mulakan.













Leave a comment